Isnin, 4 Julai 2011

kepentingan bioteknologi dalam mewujudkan kesejahteraan hidup manusia

      Bioteknologi terus mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu tanpa mengira agama,warna kulit,dan cara hidup seseorang sama ada disedari atau tidak,kita telahpun menjadi pengguna kepada hasil bioteknologi itu.Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisma hidup digunakan sebagai bahan utama dalam pemprosesan untuk menghasilkan sesuatu produk.Dari segi istilah yang lebih spesifik bioteknologi bermaksud "Pemanipulasian psiologi biasanya dibuat melalui teknik genetik,serta mikroorganisma,terutama bakteria,untuk menghasilkan bahan-bahan kimia,secara industri".
     Terdapat pelbagai kepentingan bioteknologi kepada manusia pada abad ini,di antaranya dalam bidang peranian.Melalui bioteknologi kualiti dan kuantiti hasil pertanian dapat ditingkatkan.Justeru itu,pendapatan para petani moden dan taraf hidup manusia pada masa kini dapat ditingkatkan.Bioteknologi juga digunakan untuk menghasilkan produk demi produk melalui pemprosesan hasil tani untuk penjagaan kesihatan.Contoh bioteknologi pertanian adalah penghasilan buah jambu batu dan tembikai tanpa biji.Selain itu,bioteknogi dalam bidang pertanian dapat meningkatkan protein dan vitamin dalam produk pertanian.Keadaan ini akan dapat meningkatkan nilai diet manusia seterusnya dan menjadikan manusia lebih sihat dan lebih imun terhadap penyakit.
    Selain itu,peranan bioteknologi dalam bidang perubatan juga dapat mewujudkan kesejahteraan hidup manusia.Antara kepentingan dalam bidang perubatan ialah menghasilkan ubat-ubatan baru dan berkesan untuk menyembuhkan penyakit yang sukar di ubati seperti kanser,Selsema Burung,wabak SARS,AIDS,H1N1 dan sebagainya.Seterusnya kepentingannya untuk memajukan bidang kejuruteraan genetik untuk penyelidikan punca penyakit.Ini juga dapat membantu pasangan suami isteri yang menghadapi masalah kesuburan atau kemandulan mendapat zuriat melalui kaedah "In-Vitro" dan meningkatkan daya tahan manusia dengan menghasilkan supplimen yang berkesan.
    Bioteknologi juga digunakan untuk mengurangkan bahan beracun daripada mencemarkan alam sekitar.Dengan adanya bioteknologi,manusia dapat mengurangkan pencemaran terhadap tanah,udara dan sungai serta pemanasan global yang diakibatkan oleh bahan toksik dan penggunaan bahan api fosil.Di Malaysia,syarikat tempatan sedang menguji keberkesanan penggunaan sejenis bakteria dari alam semula jadi bagi membersihkan air sisa kumbahan sebelum dilepaskan semula ke sungai.Penggunaan kaedah bioteknologi ini digunakan bagi membersih loji kumbahan Indah Water.
    Bioteknologi juga mewujudkan peluang pekerjaan kepada manusia.Bagi graduan bioteknologi,peluang kerjayanya terbuka luas di syarikat-syarikat tempatan dan multi nasional,malah ada syarikat yang menanti-nantikan pelajar bioteknologi untuk menghabiskan pengajian mereka.Ini kerana bioteknologi membantu dunia dengan kewujudan pelbagai teknologi baru seperti dalam perkhidmatan sokongan seperti pembangunan peralatan baru,reka bentuk perubatan yang rasional dengan menggabungkan farmaseutikal konvensional dan pembangunan ubat-ubatan berasaskan protein.
    Kesimpulannya,kemajuan bioteknologi membawa manfaat kepada manusia dan dunia iaitu memberi makan kepada dunia,membersih dunia dan mengubati dunia.Oleh kerana itu,kita haruslah mengamalkan bidang bioteknologi ini kerana ia mempunyai banyak kepentingan dalam mewujudkan kesejahteraan hidup manusia.
     


sebenarnya saya x berapa tahu tentang bioteknologi,karagan laras sains kat atas ni terhasil bila saye baca tentang bioteknologi kat beberapa blog,ni lah hasilnya......after this,i hope i can do a better esay than this,go ma wo 4 all

Tiada ulasan:

Catat Ulasan